Ads Top

Main Ad

Hadir Di PPV Persis Lady Gaga, Fara Mendoza Syukur Dah Lengkap Dua Dos

Pelakon yang kini beralih arah menjadi personaliti media sosial, Fara Mendoza khabarnya telah lengkap suntikan pelali COVID-19 sebanyak dua dos.

Advertisement

Perkara tersebut diuar-uarkan Fara menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerima vaksin jenis AstraZeneca, Fara memaklumkan bahawa dia terpaksa menunggu hampir dua bulan untuk mendapatkan suntikan keduanya itu.

Berkongsi keterujaannya itu, Fara berkata dia sudah tidak sabar untuk makan di restoran ataupun ‘dine-in’ setelah tamat tempoh 14 hari nanti.

“Disebabkan dua bulan tunggu, so over sikit posing ya. Tapi kena sabar lagi 14 hari merdeka. Nak dine in” tulis Fara di bahagian kapsyen fotonya itu.

Menjengah ke ruangan komen, peminat lebih tertumpu kepada gaya pelakon drama My Coffee Prince itu yang kelihatan seperti penyanyi Hollywood, Lady Gaga.

Ada juga yang memuji penampilan Fara seperti sedang menghadiri anugerah beprestij, Met Gala.

Advertisement

Terdahulu, Fara pernah dituduh anti-vaksin oleh sesetengah netizen hanya kerana dia mengamalkan wap bunga cengkih pada setiap hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Hadir Di PPV Persis Lady Gaga, Fara Mendoza Syukur Dah Lengkap Dua Dos first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.