Ads Top

Main Ad

Hasilkan Donut Dengan 3 Perisa Unik, Datuk Fazley Cipta Sejarah

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini mencipta sejarah apabila dia menghasilkan donat dengan suntikan cita rasa Malaysia.

Advertisement

Fazley dilaporkan telah menyediakan donat berperisa mawar bandung, batik kek coklat dan juga puding raja.

Kelihatan sungguh menyelerakan, Fazley mendedahkan bahawa dia mengambil masa empat hingga lima bulan bagi memastikan ketiga-tiga perisa itu memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga perisa ini adalah kegemaran saya. Saya dah hasilkan eksperimen atau R&D 10 perisa sebenarnya tapi buat keputusan untuk pilih tiga resipi utama. Puding Raja paling saya suka sebab saya membesar dengan menu ini. Menu ini tak semua tahu tapi kalau orang Pahan tu wajiblah.

Jelasnya lagi, resipi donat berperisa Puding Raja antara kegemaran paling utama serta ia dihasilkan sempena Agong kita pada ketika ini berasal daripada negeri Pahang.

Advertisement

Manakalah bagi perisa kek batik dan mawar bandung antara yang ‘dekat’ di hatinya.

Sekadar info, tiga menu baru donat ini adalah hasil kerjasama antara Krispy Kreme Doughnouts Malaysia dan Datuk Fazley.

Ia telah dilancarkan sejak 20 Ogos lalu dan akan berakhir penghasilannya sekitar pertengahan November ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hasilkan Donut Dengan 3 Perisa Unik, Datuk Fazley Cipta Sejarah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.