Ads Top

Main Ad

Hidup Ibaran Putaran Roda, Naim Daniel Ingin Terus Hulurkan Pertolongan Kepada Masyarakat

Penyanyi dan juga pelakon, Naim Daniel bertekad untuk terus memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan kerana percaya akan konsep rezeki.

Advertisement

Ujar Naim, dia percaya bahawa kebaikan yang dihulurkan akan berbalik kepada dirinya pada suatu hari nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Dia yang dihubungi media memaklumkan bahawa kehidupan seseorang termasuklah dirinya itu ibarat putaran roda, ada masa di atas (senang) dan ada masanya di bawah (susah).

Tidak salah untuk berkongsi rezeki lebih kepada orang lain. Sebab saya percaya dengan kehidupan yang diibaratkan seperti roda. Bantuan yang dihulurkan itu pula terbit atas dasar simpati yang tidak dibuat-buat. Kita tak tahu kehidupan pada masa akan datang, apabila bantu orang lain sebenarnya dalam masa yang sama kita juga membantu diri sendiri (ganjaran pahala).

Tambah penyanyi lagu Sumpah ini lagi, dia ingin menjadi contoh yang baik kepada golongan belia terutamanya apabila dia juga mempunyai pengaruh sebagai seorang artis.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Advertisement

Naim dalam pada itu turut meluahkan rasa gembira apabila kerajaan telah membenarkan industri kreatif untuk mula beroperasi namun berpesan agar mereka yang mula bekerja untuk tidak terlalu leka dan sentiasa mematuhi SOP.

Terdahulu, Naim pernah tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti membuka bantuan ‘food bank’ di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor sekitar bulan Julai yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hidup Ibaran Putaran Roda, Naim Daniel Ingin Terus Hulurkan Pertolongan Kepada Masyarakat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.