Ads Top

Main Ad

“Jangan Buat Sebab Saya..” Peminat Sudah Mula Pakai Stokin Kerana Nana Mahazan Berhijab

Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan sebelum ini mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab pada pertengahan bulan lalu.

Advertisement

Ujar Nana, penghijrahannya itu mendapat respon positif sehingga ada peminat mula mengenakan stokin untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

Walau bagaimanapun, Nana berharap agar peminat tersebut terus berbuat kebaikan kerana Allah S.W.T dan bukan disebabkan oleh dirinya yang masih naif dalam banyak hal agama.

Jangan buat sebab saya, tapi Allah. Kalau bab pakai stokin, tanyalah orang yang lebih arif. Jangan tanya saya yang sangat naif dalam bab agama. Saya bukan orang yang betul untuk kalian tanya. Tapi kalau awak pakai stokin sebab tengok saya, alhamdullilah.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu lagi, dia masih orang yang sama namun sedang berusaha ke arah penampilan yang lebih baik.

Advertisement

Jelasnya lagi, ahli keluarga dan mentua juga sentiasa menyokong dan menerima apa saja keputusan yang diambil dalam kehidupan.

Terdahulu, Nana mencuri perhatian peminat apabila dia tampil berhijab ketika melakukan siaran langsung Instagram mempromosikan produk sambal yang diusahakannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Jangan Buat Sebab Saya..” Peminat Sudah Mula Pakai Stokin Kerana Nana Mahazan Berhijab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.