Ads Top

Main Ad

Jelas Ternampak ‘Baby Bump’, Rakan Artis Terlebih ‘Excited’ Ucap Tahniah Pada Ernie Zakri

Nampaknya khabar angin mengenai penyanyi Ernie Zakri hamil tidak terhenti setakat itu sahaja kerana muncul khabar angin ‘kencang’ apabila dia muncul dengan penampakan ‘baby bump’ dalam sebuah video di Instagram miliknya hari ini.

Advertisement

Dalam hantaran video tersebut, ramai peminat mendakwa perut Ernie sedikit buncit sekaligus menguatkan desas desus bahawa isteri kepada penyanyi Syamel itu kini hamil anak pertama.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

Walaupun pasangan ini masih lagi mengunci mulut mengenai sebarang berita kehamilan anak pertama, namun rata-rata peminat dan juga rakan artis tampil menitipkan ucapan tahniah kepada Ernie dan suami.

“Saya sudah boleh lihatnya, sangat comel,” komen pelakon Elifira Loy.

“Jalan perlahan-lahan ya adik..” sahut penyanyi Idayu pula.

Malah, ada juga yang berkata bahawa Ernie yang kecil molek tidak mungkin akan kelihatan buncit seperti itu disebabkan oleh tabiat makan berlebihan melainkan ada sesuatu yang ‘terisi’.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

Terdahulu, penyanyi lagu Boneka ini tampil menafikan bahawa dirinya kini hamil namun menganggap perubahan bentuk badan yang dialami hanyalah disebabkan selera makan yang tinggi sejak kebelakagan ini.

Sekadar info, Ernie Zakri dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jelas Ternampak ‘Baby Bump’, Rakan Artis Terlebih ‘Excited’ Ucap Tahniah Pada Ernie Zakri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.