Ads Top

Main Ad

“Kadang Rimas Pun Ada, Selalu Dapat Perhatian ‘Extra’..” – Daiyan Trisha Dah Lali Dikecam

Sudah menceburi di dalam industri tanah air hampir lapan tahun, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha akui dia sudah lali dengan kecaman serta kritikan yang diterima dari netizen.

Advertisement

Menurut Daiyan, 28, walaupun ada kalanya merasakan dia mendapat perhatian lebih dari orang ramai, namun dia tetap ingin memandangnya dari sudut positif.

Kadang-kadang rimas pun ada. Saya rasa macam netizen beri perhatian extra dekat saya berbanding artis lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Ketika ditemubual oleh pihak Media Hiburan, pelakon drama Projek: Anchor SPM ini turut berkata sebagai seorang anak seni, dia hanya mahu memikirkan soal yang lebih penting berbanding hal-hal remeh.

Pucuk pangkalnya, saya tahu batas-batas saya. Jadi, kalau perkara kecil-kecil ini pun masih nak cari salah saya, saya tak boleh nak kawal.

Daiyan Trisha

Ketika ditanya jika komen-komen negatif itu memberi kesan kepada mentalnya, beliau berkata kerana sudah menceburi industri hiburan dalam tempoh yang agak lama, jadi dia sudah boleh tepis komen-komen melampaui batas yang diberi oleh netizen kepadanya.

Perkembangan lain, Daiyan baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Penat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kadang Rimas Pun Ada, Selalu Dapat Perhatian ‘Extra’..” – Daiyan Trisha Dah Lali Dikecam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.