Ads Top

Main Ad

“Kebanyakan Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan”- Adam Corrie Islamkan 20 Orang Saudara Baharu

Pelakon Adam Corrie baru-baru ini ada berkongsikan sebuah video yang memaparkan dia telah mengislamkan dua pasangan di Instagram sekaligus menjadi bahan perbualan netizen di media sosial.

Advertisement

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah juga memaklumkan bahawa dia sudahpun telah berjaya membantu hampir 20 orang saudara baharu memeluk Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Dia yang dihubungi sebuah media turut menceritakan pengalaman saudara baharu dan bagaimana mereka tergerak hati untuk berhijrah ke agama yang baru.

Saya baharu saja mengislamkan seorang saudara baharu hari ini di PERKIM. Menariknya cerita saudara baharu ini, dia seorang perempuan dan mengalami kemalangan pada 2007. Dia cerita sebelum membulatkan tekad memeluk Islam, dia selalu bermimpi bertemu malaikat. Ini semua kehendak dan aturan Allah.

Jelas Adam lagi, kebanyakan mualaf tergerak hati untuk mendalami Islam setelah mendengar laungan azan solat pada setiap hari.

Sepanjang pengalamannya membantu saudara baharu ini, Adam mengakui pelbagai pengajaran diperolehinya dan dapat dijadikan iktibar sepanjang hidup.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Mereka rasa tenang sebab selalu dengar azan. Itu pengakui kebanyakan orang yang telah menjadi saudara baharu depan mata saya. Perancangan Allah cukup indah, masya-Allah.

Terdahulu, Adam yang terkenal lakonannya dalam drama bersiri Gerak Khas pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada 2017 yang lalu. Adam Corrie  memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kebanyakan Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan”- Adam Corrie Islamkan 20 Orang Saudara Baharu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.