Ads Top

Main Ad

Keluar Dalami Ilmu Agama, Giliran Shuk Sahar Sertai Tabligh

Nampaknya seorang lagi selebriti tempatan tampil mengikuti jejak langkah beberapa rakan artis yang lain menyertai kumpulan dakwah tabligh iaitu pelawak Shuk Sahar.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Shuk baru-baru ini di laman Instagramnya di mana dia berkongsi sebuah swafoto bersama Maulana Helmi.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Sekadar info, Maulana Helmi adalah individu yang terkenal dalam kalangan artis yang berhijrah sebelum ini antaranya seperti Ali XPDC, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Malah, instagram @dakwahtablighmalaysia turut berkongsi foto-foto Shuk yang dilihat sedang mengikuti aktiviti dakwah terbabit.

Dalam hantaran tersebut, pengendali akaun Instagram itu turut mendoakan agar Shuk terus istiqamah dan berharap agar bertemu kembali suatu ketika nanti.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah. Insya-Allah, ada rezeki bertemu lagi.

Meskipun nama Shuk sejak kebelakangan ini sering sahaja terpalit dengan isu kontroversi sehingga menjejaskan kerjayanya, peminat dilihat tetap memberi sokongan kepada Shuk dan mendoakan yang terbaik buat pelawak itu serta perniagaan yang diusahakannya kini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Keluar Dalami Ilmu Agama, Giliran Shuk Sahar Sertai Tabligh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.