Ads Top

Main Ad

Kena Buatan Orang, Syafiqah Aina Mohon Maaf Jika Entri Media Sosial Buat Orang Tak Senang

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerusi sesi live di Instagram mengaku isterinya, Syafiqah Aina terkena buatan orang. Kini, isterinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam.

Mereka walau bagaimanapun sudah memaafkan pelaku dan meminta maaf sekiranya ada posting media sosial yang membuatkan orang ramai tidak senang. Jelas Aina, dia sebolehnya tidak mahu ungkit kembali kejadian yang sudah berlaku. Baginya, apa yang menimpa dirinya dan keluarga adalah satu mimpi buruk.

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Dalam hantaran itu lagi, Aina berdoa semoga Allah SWT menjauhkan semua orang daripada sebarang anasir buruk dan hasad dengki yang boleh memporak-perandakan kehidupan.

Advertisement

Sementara itu, ada segelintir pengikut yang menasihati pasangan ini agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

syafiqah aina

Menurut netizen, meskipun perkongsian dibuat untuk memberi inspirasi kepada orang lain, ada juga yang busuk hati menggunakan jalan kotor seperti sihir. Tak kurang juga yang menganggap ini adalah cabaran bagi seorang usahawan di mana ada pihak yang tidak suka melihat mereka berjaya.

Untuk rekod, Hafiz Mahamad telah mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kena Buatan Orang, Syafiqah Aina Mohon Maaf Jika Entri Media Sosial Buat Orang Tak Senang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.