Ads Top

Main Ad

Kes Bayi Dicucuh Rokok, Anzalna Akui Tak Mampu Kawal Emosi, Tak Patut Bagi Peluang

Semalam, media melaporkan sebuah kes membabitkan sorang bayi berusia empat bulan yang tergamak didera oleh kedua ibu bapa kandungnya sendiri.

Advertisement

Perkara tersebut ternyata menarik perhatian pelakon jelita, Anzalna Nasir yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan individu berkenaan.

Ujar Anzalna lagi, pasangan suami isteri itu patut diberi hukuman yang berat di atas penganiayaan yang dilakukan terhadap anak mereka.

Sejujurnya sejak ada anak apabila baca berita macam ni buatkan saya terlebih emosi. Ya Allah sakitnya hati abca. Tolonglah hukuman gantung terus orang macam ni, tak perlu bagi peluang untuk hidup.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada Mohamad Eidrees ini menerusi sebuah hantaran di Instagram Sotry miliknya pada Sabtu lalu.

IG Anzalna NasirSumber : mStar Online  

Terdahulu, media melaporkan bayi tersebut telah dicucuh puntung rokok malah ditumbuk pada muka.

Perkara tersebut dilaporkan berlaku di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.

Ibu bapa bayi berkenaan telah ditahan di sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa pada 25 Ogos lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kes Bayi Dicucuh Rokok, Anzalna Akui Tak Mampu Kawal Emosi, Tak Patut Bagi Peluang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.