Ads Top

Main Ad

“Kes Masih Tinggi, Imuniti Anak Rendah..” Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022

Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar menerusi sebuah hantaran Instagram ada tampil memberi sedikit pendapat mengenai keputusan kerajaan untuk membuka sekolah pyang dijadualkan pada 3 Oktober nanti.

Kata Dr. Muszaphar, sesi persekolah dirasakan lebih baik dibuka kembali pada tahun hadapan memandangkan kes harian yang masih tinggi dan imuniti kanak-kanak juga rendah berbanding orang dewasa.

Jelasnya lagi, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk tahun baru 2022 dan ia agak membimbangkan memandangkan kes harian sentiasa mencapai 20 ribu kes.

BACA: Dr Sheikh Muszaphar Mahu Semua Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor

Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Lebih baik buka sekolah tahun 2022. Dengan harapan kes menurun. Perbaiki kaedah PDPR. Anak-anak imuniti rendah. Jangkitan COVID merebak begitu mudah. Lebih-lebih lagi pelajar sekolah. Walaupun mengikut SOP. Planning yang cukup pasrah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu-bapa bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Dr. Muszaphar dan ada juga yang menyatakan pendirian untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah demi menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing.

Pendapat anda bagaimana?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kes Masih Tinggi, Imuniti Anak Rendah..” Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.