Ads Top

Main Ad

Kini Bertudung, Sasha Aziz Kata Tiada Sebab Namun Gembira Ebit Lew Beri Kata Semangat

Personaliti media sosial terkenal dan juga usahawan, Sasha Abdul Aziz khabarnya telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Tampil bertudung litup di Instagram, Sasha yang memang dikenali sebagai seorang wanita bertubuh seksi berkata dia tidak mempunyai jawapan mengenai sebab penghijrahannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz)

Namun bagi wanita itu lagi, dia beranggapan bahawa setiap insan berhak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Ramai bertanya macam mana Sha boleh terdetik nak berubah dan terus drastik berubah? Maaf Sha takde jawapan untuk soalan ini. Yang Sha tahu Allah sayang kita semua. Hidayah milik Allah. Teruskan berdoa semua orang jangan putus asa tau.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga menitipkan pesanan agar mereka di luar sana untuk terus berdoa agar sentiasa dibukakan hati berubah ke arah yang lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz)

Dalam hantaran berasingan, Sasha menzahirkan perasaan teruja apabila pendakwah terkenal, Ebit Lew menitipkan ucapan tahniah di atas perubahan dia kini.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen tumpang gembira melihatkan penampilan Sasha yang terbaru dan berharap usahawan produk kecantikan wanita itu terus istiqamah dalan penghijrahannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kini Bertudung, Sasha Aziz Kata Tiada Sebab Namun Gembira Ebit Lew Beri Kata Semangat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.