Ads Top

Main Ad

Kurus Kering Dan Sering Termenung, Fizz Fairuz Didakwa Diserang Sakit Misteri

Sedih melihat keadaan terkini suaminya, pelakon Datin Almy Nadia mendakwa Fizz telah diserang penyakit misteri.

Advertisement

Ujar Almy, suaminya itu mula berubah kelakuan apabila menjadi tidak lalu makan dan sering termenung setelah pulang dari penggambaran drama Malaysian Ghost Stories.

Almy turut berkongsi mengenai keadaan terkini Fizz Fairuz itu di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Memang pasal kau (merujuk pada sedutan drama lakonan Fizz), laki aku kurus kering sakit tau..balik dari shooting cerita ni la, suami saya dilanda sakit misteri sampai tak makan tak minum 2 minggu.

Sampai diserang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ad aya. Sekarang dah pulih tapi masih dia dilanda sakit termenung, moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu.

Difahamkan, Fizz telah menjalani penggambaran drama bersiri itu di sebuah lokasi bertempat di Gopeng, Perak.

Kata Almy lagi, dia juga turut berasa tertekan melihatkan Fizz yang kini tidak lagi ceria seperti dahulu.

Terdahulu, Fizz Fairuz telah dikejarkan ke hospital  setelah dilaporkan enggan makan dan minum selama dua minggu serta turut mengalami penyakit gastrik yang agak teruk.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kurus Kering Dan Sering Termenung, Fizz Fairuz Didakwa Diserang Sakit Misteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.