Ads Top

Main Ad

“Lain Daripada Yang Lain”, Fattah Amin & Diana Danielle Teraju Siri Original Viu, GANJIL

Lama tak nampak kelibat Fattah Amin dan Diana Danielle di kaca televisyen. Buat julung kali, kedua-duanya bergandingan dan memilih naskah GANJIL yang bertemakan romantik-fantasi sebagai kemunculan semula sekali gus mengubat rindu peminat.

Apakah maksud pertemuan dia alam mimpi?

Nabila (Diana Danielle) teraju utama GANJIL

GANJIL mengisahkan Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) yang bertembung di dalam mimpi mereka dan tanpa disangka satu mimpi mereka bercantum menjadi satu.

Advertisement

Tanpa menyedari kewujudan satu sama lain di alam nyata, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik.

Lebih menarik, GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Mendapat sentuhan Datuk Yusry Abdul Halim yang terkenal dalam penggunaan kesan visualnya, siri 10 episod ini bakal memberikan penonton satu genre drama yang lain daripada yang lain.

Amry (Fattah Amin) teraju utama GANJIL

GANJIL mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Turut menampilkan Izzue Islam dan Fatin Afeefa sebagai pelakon pembantu.

Penonton boleh menyaksikan  siri ini menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau  laman web di www.viu.com.

The post “Lain Daripada Yang Lain”, Fattah Amin & Diana Danielle Teraju Siri Original Viu, GANJIL first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.