Ads Top

Main Ad

Laku Keras! 200,000 Pelitup Muka PU Riz Dan Neelofa Terjual Tak Sampai 3 Jam Dilancarkan

Pencetus Ummah (PU) Riz mengungkap rasa syukur apabila pelitup muka Nun Ha keluaran syarikatnya habis terjual sebanyak 220,000 helai semalam, walaupun masih belum membuat pelancaran rasmi.

Menurut PU Riz, 26, jualan itu sekaligus membantu 18,000 peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat mereka yang kebanyakkannya terdiri daripada suri rumah, balu dan ibu tunggal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Sebenarnya, pelitup muka ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, tapi kami buka jualan lebih awal. Alhamdulillah, tak sangka ia habis terjual dalam tempoh yang singkat.

Advertisement

Dalam pada itu, suami kepada selebriti Neelofa itu berkata produknya mempunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran dan dia turut merancang untuk menambah beberapa koleksi warna.

Sekadar info, perancangan mengeluarkan produk pelitup muka ini sudah dirancang oleh pasangan ini sejak hujung tahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Laku Keras! 200,000 Pelitup Muka PU Riz Dan Neelofa Terjual Tak Sampai 3 Jam Dilancarkan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.