Ads Top

Main Ad

Langgar SOP Bercuti Ke Janda Baik, Polis Siasat Vie Shanti Khan

Susulan kenyataan selebriti media sosial yang juga bekas isteri kepada pelakon Eizlan Yusof, Vie Shanti Khan yang dakwanya tidak melanggar SOP ketika bercuti ke Janda Baik, Pahang, pihak polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Terdahulu, Vie ada menulis status di mana dia tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis ketika melalui pemeriksaan polis di Plaza Tol GOmbak untuk ke Janda Baik kerana lokasi pusat percutian itu masih lagi berada dalam sempadan Selangor.

Vie Shanti IG PosstSumber : Instagram Vie Shanti  

Dia dalam pada itu turut memuat naik foto momen berlibur di Rimba Valley bersama keluarga dan memaklumkan bahawa kebenaran polis hanya diperlukan jika seseorang itu ingin merentas negeri.

Namun begitu, Ketua Polis Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu sebuah kertas siasatan telah dibuka berikutan laporan polis yang diterima dan ia akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di bawah akta Perkara 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis BentongSumber : Google  
Advertisement

Polis menafikan kenyataan wanita terbabit yang mengelirukan, iaitu tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik.

Zaiham juga tampil memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara kita.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Langgar SOP Bercuti Ke Janda Baik, Polis Siasat Vie Shanti Khan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.