Ads Top

Main Ad

Lebih Setahun Tidak Bekerja, Ali XPDC Akui Kini Golongan Asnaf

Vokalis kumpulan rock terkenal, Ali XPDC mengakui dirinya sekarang ini tergolong dalam golongan asnaf setelah hampir setahun lebih tidak berkerja dan mempunyai sebarang pendapatan.

Menurut Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, dia kini menerima bantuan sebanyak rm600 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan bersyukur kerana kos rawatan di PPUM juga turut ditanggung oleh LZS.

Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup. Terima kasih banyak-banyak. Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya.

Kata seorang bapa yang mempunyai lima orang anak yang masih belajar.

Ali XPDC

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu turut mengakui sejak berlakunya penularan COVID-19 di negara, sukar untuk dirinya bekerja dan telah membuang perasaan malu untuk meminta bantuan menerusi media sosial kerana situasi yang agak terdesak.

Sedia maklum, pada 26 Mac tahun lalu, Ali pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya dan penderitaannya itu telah mendapat perhatian dari ramai pihak untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Lebih Setahun Tidak Bekerja, Ali XPDC Akui Kini Golongan Asnaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.