Ads Top

Main Ad

Lepas Habis Kuarantin, Caprice Bersua Muka Dengan Sharnaaz

Salah faham yang tercetus di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap, Caprice selesai apabila mereka sudah bersua muka. Dalam hantaran pendek yang dibuat Caprice di Instagram, dia dan Sharnaaz dilihat duduk semeja dan berbual rancak.

Advertisement

Walaupun hantaran hanya disertakan kapsyen emoji berbentuk hati, netizen merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Malah, netizen turut memuji sikap profesional kedua-dua selebriti tersebut dalam menangani masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, kecoh di media sosial pertelingkahan di antara Sharnaaz Ahmad dan Caprice. Isu mula timbul apabila Sharnaaz dikatakan menyindir Caprice yang baru pulang dari Jordan dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya.

Advertisement

Memberi respon kepada sindiran itu, Caprice menganggap pelakon tersebut hanya berani dari jauh. Dia turut mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dilakonkannya menerusi drama rantaian, Suamiku Encik Sotong.

caprice

Berang diejek, Sharnaaz mencabar Caprice untuk bertemu memandangkan dia sudah kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, penyanyi rap itu tidak dapat berbuat demikian kerana masih menjalani kuarantin.

Tidak lama selepas insiden itu, Sharnaaz bersikap matang apabila memohon maaf secara terbuka kepada Caprice dan menganggap gurauannya selama ini agak melampau.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Lepas Habis Kuarantin, Caprice Bersua Muka Dengan Sharnaaz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.