Ads Top

Main Ad

“Lepas Pantang Ngap Kepchi, Mekdi..” Dr Say Pesan Ibu-Ibu Cara Pantang Yang Betul

Personaliti media sosial yang juga seorang pengamal perubatan, Dr. Say Shazril mendedahkan bahawa isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang sejak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel atau Ace.

Dr. Say tampil berkongsikan mengenai perkara itu setelah ditanyakan peminat mengenai keperluan berpantang selepas melahirkan anak.

Advertisement

Jelasnya lagi, isterinya tidak berpantang dan pernah ditegur pengikutnya di media sosial dengan alasan ‘badan nak pakai lama.’

Meskpun begitu, Dr Saya tidak terkilan dengan teguran dan tidak juga menentang amalan berpantang yang diamalkan ibu-ibu sejak berkurun lamanya.

Advertisement

Apa yang penting kata Dr. Say adalah ibu-ibu haruslah konsisten dalam pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat agar sentiasa sihat tubuh badan.

Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ni ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering dan sebagainya, selepas habis pantang hari ke-45, ibu-ibu me-ngapp ayam goreng mekdi, kepchi, Mary Perang dengan honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ini berpantang?

Tambahnya, ibu-ibu yang berpantang sakan dan kemudiannya mengambil makanan yang tidak sihat dan seimbang tidak akan mendapat apa-apa manfaat sebaliknya hanya akan memudaratkan kesihatan.

Antara makanan sihat dan seimbang yang disarankan Dr. Say adalah seperti ayam, telur, ikan, dan sayuran seperti kangkung, timun, tembikai serta pisang contohnya.

Nasihatnya lagi, ibu-ibu haruslah tidak terlalu ekstrim dalam berpantang agar kesihatan mental dan fizikal terus terjaga di kemudian hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Lepas Pantang Ngap Kepchi, Mekdi..” Dr Say Pesan Ibu-Ibu Cara Pantang Yang Betul first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.