Ads Top

Main Ad

“Little Ones..” Hannah Delisha Beri Bayangan Seolah Sedang Hamil

Kebelakangan ini, ramai selebriti tempatan mengumumkan bahawa mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata antaranya pelakon Wawa Zainal dan juga Ayda Jebat.

Malah, ada juga yang didakwa sedang hamil sedangkan tuan badan tidak pula mengumumkan apa-apa seperti yang dialami Neelofa dan juga Intan Ladyana.

Terbaru, pelakon Hannah Delisha pula didakwa berbadan dua hanya kerana satu hantaran Instagram yang dimuat naik olehnya telah menjadi perbualan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Hannah memuat naik foto sekuntum bunga putih beserta kapsyen yang mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

“Little ones (si kecil).” tulis pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu ringkas.

Ia sekaligus membuat peminat mengandaikan Hannah memberi bayangan sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama pelakon Singapura, Imam Shah.

Namun, Hannah tidak pula tampil memberi sebarang penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Apa-apapun, peminat pastinya ingin yang terbaik untuk Hannah dan suami kan? Semoga yang baik-baik sahaja hendaknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Little Ones..” Hannah Delisha Beri Bayangan Seolah Sedang Hamil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.