Ads Top

Main Ad

Mahu Jalani Hidup Baharu, Azira Shafinaz Ceburi Bidang Perniagaan Biskut

Baru sahaja memasuki umur 30 tahun pada hari Ahad yang lalu, penyanyi dan juga pelakon jelita Azira Shafinaz memaklumkan bahawa dia ingin menjalani hidup selepas ini dengan lebih baik.

Advertisement

Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan berkata bahawa masih banyak impian dan cita-cita dalam hidupnya masih belum dicapai, baik dari segi peribadi dan kerjaya.

Ujar Azira, dia sering dimomokkan dengan frasa umur 30-an adalah fasa di mana seseorang itu akan menjalani perjalanan hidup yang baharu namun baginya dia masih individu yang sama.

Advertisement

Tapi secara jujurnya bila sudah mencecah 30 tahun ini saya tak ada rasa apa-apa pun. Sama sahaja. Kalau boleh saya berazam nak bekerja keras lagi, capai impian yang masih belum dapat termasuklah karier seni.

Dia yang merupakan anggota kumpulan De Fam ini juga memberitahu bahawa sedang aktif menceburkan diri dalam bidang perniagaan biskut yang diberi nama Cookie Ja yang diusahakan sejak Jun lalu.

Siapa yang rapat dengan saya, mereka akan tahu saya ni hantu cookies..setiap kali sambut hari raya, memang menjadi kewajipan untuk saya sekeluarga buat cookies ni. Jadi masa PKP hari tu, saya terfikir untuk ketengahkan perniaagaan cookies. Masa awal-awal mulakan perniagaan, saya sendiri yang buat, tapi Alhamdullilah sekarang sudah ada pekerja sendiri.

Memilih tagline ‘Talk 30 To Me’ dalam perniagaannya, Azira berharap fasa baharu dalam hidupnya akan terus bersinar dan dipermudahkan oleh Ilahi pada masa akan datang.

Terdahulu, Azira ada berkongsi sambutan hari lahirnya bersama-sama ahli kumpulan De Fam yang lain iaitu Cik Manggis dan Sophia di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mahu Jalani Hidup Baharu, Azira Shafinaz Ceburi Bidang Perniagaan Biskut first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.