Ads Top

Main Ad

Mahu Tunai Umrah Dan Bulan Madu Di Padang Pasir Bersama Isteri, Remy Ishak Dah Tak Sabar

Pelakon pujaan ramai, Remy Ishak baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama penakluk hatinya, Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu.

Dia yang sebelum ini pernah bercerita akan fasa-fasa perhubungannya bersama Ezza  yang ‘bergelora’ dan penuh cabaran namun akhirnya bertaut juga pada akhirnya.

Advertisement

Remy baru-baru ini ditemubual sebuah media hiburan tampil menzahirkan harapan dan impian pada masa akan datang setelah bergelar suami kepada Ezza.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu juga ada memaklumkan bahawa dia ingin membuat majlis resepsi berkonsepkan tradisional diiringi lagu-lagu melayu lama dan tarian zapin jika diberi kesempatan kelak.

Advertisement

Manakala bagi bulan madu pula, Remy menyimpan hasrat untuk membawa isteri tercinta untuk menunaikan umrah di Mekah dan Madinah dan bercuti di padang pasir, Jordan.

Menunaikan yang wajib dahulu, umrah di Mekah dan Madinah. Kemudian menunaikan janji saya kepada Allah S.W.T yang pernah saya lafaz satu ketika dahulu. Membawa pasangan bermalam di Bedouin Camp di atas padang pasir Wadi Rum dan menyaksikan keindahan bumi Jordan.

Dia juga khabarnya turut berimpian untuk membawa Ezza melawat kedai kopi milih sahabat lamanya yang berbangsa Jepun di Tokyo.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Remy dalam pada itu sempat menasihatkan mereka di luar sana yang masih mencari jodoh agar terus berusaha dan berikhtiar kerana Allah lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.

Terdahulu, Remy Ishak bergelar suami kepada Ezza dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah ringkas yang diadakan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mahu Tunai Umrah Dan Bulan Madu Di Padang Pasir Bersama Isteri, Remy Ishak Dah Tak Sabar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.