Ads Top

Main Ad

Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil ‘Mengidam’ Nasi Goreng Air Tangannya

Rata-rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam, kan? Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin. Ada makanan yang senang diperoleh, ada juga pelik-pelik!

Seperti perkongsian ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini menerima kiriman emel daripada seorang pengikut yang sedang hamil tiga bulan. Dia menyatakan hasrat untuk merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangan Datin Kartini.

Aina tak kisah kalau Aunty nak jual pun tak apa tapi memang mengidam sangat.

Malah, individu ini juga sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan ibu mengandung, Datin Kartini segera masak. Siap hantar depan pintu rumah lagi sementara nasi masih panas!

Menurutnya, sebaik membaca hasrat tersebut dia berasa tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan. Dia bersyukur dapat menghantarnya sendiri kepada Aina. Dia juga berharap kejadian ini menjadi titik permulaan silaturahim di antara mereka.

Advertisement

ibu neelofa

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa sayu dan memahami apa yang sedang dilalui ibu mengandung seperti Aina. Mereka turut memuji sikap keibuan Datin Kartini dalam menunaikan hasrat ibu hamil mengidam makanan sebelum melahirkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil ‘Mengidam’ Nasi Goreng Air Tangannya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.