Ads Top

Main Ad

Masa Rehat Tidak Cukup, Ganggu Mental Untuk Berkreativiti, Ain Edruce Akui Jadi Ibu Tak Mudah

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce terlihat sangat bahagia dan lebih membahagiakan apabila diserikan lagi dengan kehadiran permata hati, Soraya yang kini berusia empat bulan sebagai pelengkap hidup Ain dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Advertisement

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, bagaimanapun turut mengakui pengalaman bergelar seorang ibu bukanlah suatu tugas mudah seperti yang disangka.

Sekadar hanya ingin berkongsikan pengalamannya pertama kali bergelar ibu, dia mengaku penat untuk menguruskan seorang bayi, malah sedikit sebanyak menganggu mentalnya untuk berkreativiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Advertisement

Memang saya akui penat rupa-rupanya menjadi seorang ibu. Sebabnya masa rehat tidak cukup. Malam kena bangun susukan anak. Memang ikhlas saya katakan dari segi kreativiti, memang rasa ‘tersekat’ sebab mental penat.

Berkongsi perkara tersebut dalam Instagram, pengacara itu mengakui dapat banyak mesej daripada pengikutnya yang turut memberikan kata-kata nasihat dan motivasi.

Ain Edruce dan anak

Oleh kerana perkongsian keluhan sedemikian dalam media sosial, Ain tidak terkecuali daripada ditegur netizen dan ada juga yang membandingkan beliau dengan ibu-ibu lain yang mempunyai lagi ramai anak.

Apabila ditanya soal perkembangan kariernya, pelakon drama Siti Selfie itu belum bersedia mengambil mana-mana tawaran kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada anak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Masa Rehat Tidak Cukup, Ganggu Mental Untuk Berkreativiti, Ain Edruce Akui Jadi Ibu Tak Mudah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.