Ads Top

Main Ad

Masalah Kesihatan Dijadikan Modal Lariskan Blog, Ieda Moin Terkilan Dituduh Anti-Vaksin

Pelakon Ieda Moin meluahkan rasa terkilan apabila dia dituduh mencipta alasan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya selama ini memaksanya untuk menangguh seketika pengambilan vaksin.

Advertisement

Ujar Ieda, tindakan sebuah blog menggunakan tajuk seolah-olah dia membuat alasan untuk tidak divaksin telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pembaca.

View this post on Instagram

A post shared by Ieda Moin Page (@iedamoin79)

Jelas Ieda, blog hiburan tersebut menulis tajuk ‘Ieda Moin Pun Tak Ambil Vaksin, Alasannya Vagina Berdarah’.

Justeru itu, tajuk berita itu  menurut Ieda telah menyebabkan dia terpalit fitnah dan ada menuduhnya sebagai seorang anti-vaksin.

Advertisement

Melampau dan kurang ajar! Headline macam tu hanya untuk melariskan blog ke? Setahu saya temuramah asal bersama portal itu saya kata ada masalah pendarahan ovari. Pendarahan ovari dan masalah rahim dialami menyebabkan proses pengambilan vaksin saya tertangguh. Sampai ada yang kata saya antivaksin, sengaja cari alasan tak nak suntik vaksinlah.Mengundang fitnah, memang melampau!

Tambahnya lagi, dia sebenarnya sudah mengambil suntikan pertama pelali itu sekitar 9 September lalu selepas menangguhkan beberapa sesi atas nasihat doktor.

View this post on Instagram

A post shared by Ieda Moin Page (@iedamoin79)

Dia juga menjelaskan akan melengkapkan dos kedua vaksin jenis Pfizer pada 30 September ini.

Ieda dalam pada itu turut menasihati blog berkenaan agar lebih beretika dalam membuat sebarang laporan supaya tidak menyebabkan fitnah dan mengaibkan orang lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Masalah Kesihatan Dijadikan Modal Lariskan Blog, Ieda Moin Terkilan Dituduh Anti-Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.