Ads Top

Main Ad

Menunggu Hari Untuk Bersalin, Izreen Azminda Akui Sukar Tidur

Pelakon Izreen Azminda yang kini menunggu hari untuk bersalin anak ketiganya mengakui sedang mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam.

Perkara tersebut dikongsikan Izreen menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Izreen yang kini sarat hamil hasil perkongsian hidup bersama pemuzik, Ude Wahid berkata dia kini sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya itu.

Sudah hujung-hujung, memang semua mak-mak ada masalah tidur ke? Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ini. Kalau tidur pun, hanya tidur-tidur ayam sahaja. Pusing sana tak kena, pusing sini tak kena. Makan pun dah kurang.

Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga memaklumkan bahawa berat badannya kini sudah mencecah lebih 80 kilogram.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meninggalkan nasihat dan turut berkongsi pengalaman hamil yang serupa dengan apa yang dialami Izreen pada ketika ini.

Advertisement

Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Muhammad Adrian Umar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Menunggu Hari Untuk Bersalin, Izreen Azminda Akui Sukar Tidur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.