Ads Top

Main Ad

Mimpi Bakal Mati Dan Arwah Siti Sarah Punca Harris Anuar Berhijrah Dan Berubah

Pelakon Harris Annuar khabarnya banyak melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan dia juga dilihat sering berkongsikan hantaran berkaitan ilmu agama di media sosial miliknya.

Advertisement

Jelas Harris, dia juga kini menuntut ilmu dengan pendakwah bebas, Ebit Lew dan bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Dia yang dihubungi sebuah media berkata, penghijrahannya kali ini adalah merupakan satu iktibar daripada kisah-kisah yang telah terjadi di sekelilingnya.

Antaranya, kematian penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, baru-baru ini.

Advertisement

Kalau ingin diceritakan agak panjang, tapi antara sebab saya berubah adalah selepas melihat kematian Siti Sarah. Ketika arwah pergi, ramai yang mendoakan kesejahteraanya. Saya sangat cemburu kerana bagi saya, arwah pergi dengan cara yang sangat mulia. Orang kata meninggal dalam Husnul Khotimah.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Sewaktu menyaksikan tahlil yang dibuat untuk arwah juga, saya rasa terpegun melihat ramai rakan artis yang telah berubah. Jadi, saya bertanya kepada diri sendiri, bila giliran saya? Pada sebelah malamnya, sewaktu tidur, saya mendapat mimpi yang saya pula akan meninggal dunia. Dari situ saya tahu yang Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saya.

Dia dalam pada itu walau bagaimanapun menafikan akan meninggalkan dunia hiburan sepenuhnya setelah berhijrah.

Harris juga berharap akan terus istiqamah dalam episod perubahannya ini.

Perkembangan terkini, adik kepada pengacara Nadia Annuar ini bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kerana Dia Suka tidak lama lagi selama tiga bulan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mimpi Bakal Mati Dan Arwah Siti Sarah Punca Harris Anuar Berhijrah Dan Berubah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.