Ads Top

Main Ad

Mimpi Dikelilingi Anak-Anak Kucing Beri Makan, Aishah Ingat Sudah Sampai Masanya

Penyanyi bersuara emas tanah air, Aishah Ariffin hanya memikirkan soal kematian sahaja saat dirinya berada dalam keadaan yang getir apabila tahap oksigennya semakin menurun.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, pengalaman tersebut banyak memberi kesan terhadap dirinya namun turut berasa syukur kerana masih dipanjangkan umur serta memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah beransur pulih meskipun masih perlu dirawat di hospital.

Teringat masa mula-mula keadaan oksigen tak berapa bagus masa itu, memang saya ingat waktu itu sudah sampai masa saya. Malah, saya bermimpi dikelilingi oleh anak-anak kucing yang dulu pernah saya beri makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dalam pada itu, penyanyi veteran itu turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman serta individu yang tidak dikenali secara peribadi yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.

Terdahulu, penyanyi lagu Janji Manismu ini disahkan positif COVID-19 dan telah dikejarkan ke hospital setelah paras oksigennya menurun kepada 92 peratus.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mimpi Dikelilingi Anak-Anak Kucing Beri Makan, Aishah Ingat Sudah Sampai Masanya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.