Ads Top

Main Ad

Minta JAKIM Selidik, PU Syed Dedah Perkahwinan Sesama Jantina Libatkan Wanita Islam

Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri baru-baru ini ada membuat pendedahan mengejutkan mengenai perkahwinan sesama jantina yang membabitkan wanita Melayu beragama Islam di luar negara.

Advertisement

Perkara tersebut dibangkitkan PU Syed apabila ada individu telah berkongsi mengenai kisah perkahwinan tersebut yang didakwa membabitkan hubungan sejenis sesama wanita.

“Maaf ustaz, tiada tindakan ke atas perkahwinan lesbian luar negara?” tanya individu tersebut di Instagram milik PU Syed.

Advertisement

Tampil membalas persoalan itu, PU Syed pada awalnya berasa terkejut apabila mengetahui kewujudan situasi sebegitu.

Terkejut bila membaca isu ini apabila dipercayai seorang wanita Melayu Islam boleh berkahwin dengan mata Inggeris. Persoalan yang timbul, apakah status agamanya sekarang?

Jelas PU Syed, status perkahwinan pasangan tersebut sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia haram di sisi agama Islam.

Dia dalam pada itu turut memintak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti isu ini dengan lebih mendalam kerana seakan-akan semakin membarah dalam masyarakat.

Terdahulu, PU Syed pernah mendedahkan mengenai kewujudan sebuah blog yang secara terang-terangan berkongsi mengenai pengalaman mereka yang telah murtad daripada agama Islam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Minta JAKIM Selidik, PU Syed Dedah Perkahwinan Sesama Jantina Libatkan Wanita Islam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.