Ads Top

Main Ad

“Mohon Jangan Balik Malaysia Lagi Dah..” Ada Netizen Tak Senang Tengok Nourul Depp Pindah Ke Bali

Penyanyi Nourul Depp mengakui terasa hati dengan sesetengah komen dilemparkan netizen yang seolah-olah tidak senang dengan penghijrahan dia dan keluarga ke Bali, Indonesia.

Advertisement

Meskipun enggan melayan perkara negatif seperti itu, Nourul terpaksa tampil untuk menegur tindakan tersebut dan memberi kesedaran mengenai keburukan buli siber.

Katanya lagi, seseorang itu mempunyai hak untuk tidak menyukai mengenai sesuatu perkara namun tidak perlu sehingga membenci dan melemparkan kata-kata nista dan menyakitkan hati.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Advertisement

Ikutkan saya tak layan dan sekat pun orang itu tapi sekadar sebagai kesedaran kepada semua orang yang benda ini tidak baik. Kenapa nak buli manusia lain. Tak perlu pun sebenarnya..kalau rasa tak gembira tengok atau tak suka orang itu, kita manusia ada hak tak suka tapi jangan membenci.

Perkara itu menjadi perhatian Nourul apabila dia menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali di Instagram di mana dia berharap penyanyi itu tidak akan pulang ke Malaysia lagi.

“Alhamdullilah, pergi pun..makbul doa rakyat nak sis pergi sana. Mohon tak payah datang Malaysia lagi sisi. Kalau tak asyik berita sis saja dari tahun lalu tak sudah.” tulis individu tersebut kepada Nourul

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Terdahulu, Nourul dan keluarga dilaporkan sudah berada di Jakarta, Indonesia berikutan kewajipan menjalani kuarantin selama lapan hari bermula Isnin lalu sebelum berangkat ke Bali.

Nourul sebelum ini terpaksa menunda beberapa kali perjalanannya berikutan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Mohon Jangan Balik Malaysia Lagi Dah..” Ada Netizen Tak Senang Tengok Nourul Depp Pindah Ke Bali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.