Ads Top

Main Ad

Muat Naik Foto ‘Belanja’, Nora Danish Undang Kecaman Netizen

Pelakon jelita Nora Danish nampaknya telah mengundang kecaman netizen apabila dia dilihat memuat naik foto ‘belanja’ bahagian punggungnya di Instagram untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Nora dilihat berkongsi foto daripada arah belakang badannya yang memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Gara-gara foto tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata ini kemudiannya telah menerima kecaman dan teguran daripada warga maya di Instagram.

Ramai meninggalkan pesanan agar Nora tidak berkongsi gambar seksi sedemikian rupa berikutan statusnya sebagai seorang ibu serta seorang yang beragama Islam.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“Tunjuk dekat suami sudahlah..” tulis seorang netizen.

“Macam kurang sesuai rasanya. Maaf menegur.” sahur seorang lagi peminat Nora di Instagram.

Advertisement

Meskipun menerima banyak teguran, Nora tidak tampil memberi sebarang respon dan hanya berdiam diri setakat ini.

Sehingga kini, perkongsian Nora Danish itu menerima hampir 70,000 tanda suka daripada pengikutnya di laman media sosial itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muat Naik Foto ‘Belanja’, Nora Danish Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.