Ads Top

Main Ad

Muat Naik Foto Majlis Kahwin Adik, Ada Peminat Jodohkan Fathia Dengan Caprice Pula

Pelakon jelita Fathia Latiff semalam ada memuat naik foto momen indah sempena majlis perkahwinan adik perempuannya, Dr. Fasiha, hujung minggu yang lalu.

Fathia yang kelihatan manis bertudung dan berbusana putih bersih itu juga berkongsi beberapa keping gambar ketika majlis khatam Al-Quran bersama-sama ahli keluarganya yang lain.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Memberi ucapan ringkas Selamat Pengantin Baru buat adik kesayangan, pelakon drama Ariana Rose kelihatan sibuk menyiapkan Fasiha ketika hari bahagianya itu.

BACA: “Itu Hak Saya..” Fathia Beri Komen Setelah Dikritik Isu Suntik Filler Di Wajah

Namun lain pula reaksi peminat di bahagian komen di mana ia dihujani dengan pertanyaan tentang bilakan akan tiba hari bahagia Fathia pula selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Malah, ada juga yang sempat ‘menjodohkan’ Fathia dengan penyanyi rap, Caprice.

“Selepas ini, Fathia dan Caprice. Perkahwinan yang sangat ditunggu-tunggu.” tulis peminat di ruangan komen.

Sekadar info, Fathia dan Caprice pernah bertegang urat sekitar tahun 2018 dalam beberapa isu.

Advertisement

Caprice juga pernah menjemput Fathia dalam sebuah temubual yang dimuat naik di media sosial Instagramnya yang menyentuh soal hijrah dan tudung pada tahun lalu.

Kalau dah jodoh kan…

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muat Naik Foto Majlis Kahwin Adik, Ada Peminat Jodohkan Fathia Dengan Caprice Pula first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.