Ads Top

Main Ad

Muhammad Sajjad Lolos Ke Thailand, KTMB Beri Kenyataan Penafian

Susulan penemuan Sajat yang menjadi buruan pihak polis sebelum ini, nampaknya keadaan menjadi kecoh semula apabila usahawan kosmetik itu didakwa meloloskan diri ke Thailand dengan menaiki tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Advertisement

Berikutan itu, pihak KTMB tampil memberi kenyataan penafian dengan mengatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas segala isi kandungan kontena yang disewa oleh pelanggan sama ada kosong, atau mempunyai muatan.

Kenyataan KTMBSumber : Facebook KTMB  

Kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand. KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut.

Selain itu, KTMB juga menegaskan bahawa terminal dan fasiliti kargo mereka di Padang Besar juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan Kastam.

Muhammad SajjadSumber : Google  

 

Setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan. Proses ini melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan.

Meskipun begitu, pihak KTMB difahamkan akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara yang dilaporkan.

Kenyataan itu dikeluarkan pihak KTMB ekoran laporan portal berita tempatan yang melaporkan Sajjad telah melarikan diri ke Thailand melalui gerabak kereta api kontena kargo.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muhammad Sajjad Lolos Ke Thailand, KTMB Beri Kenyataan Penafian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.