Ads Top

Main Ad

Muka Ganas Tapi Pemalu Dengan Perempuan, MK K-Clique Segan Tenung Mata Mira Filzah

Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, mengakui teruja dan mempelajari banyak perkara setelah menceburi bidang lakonan buat kali pertama menerusi naskah drama The Hotel.

Advertisement

Ujar Hairi, dia bersyukur kerana menerima tunjuk ajar daripada orang sekeliling terutamanya rakan artis yang turut sama berlakon bersamanya.

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Dia ditemui secara maya ketika sidang media drama The Hotel pada hari Ahad yang lalu.

Tambah Hairi, pengalaman berlakon bersama Mira Filzah membuatkan dia terpaksa membuang perasaan malu dan segan terhadap kaum wanita.

Advertisement

Saya ni pemalu, takut nak pandang mata perempuan. Kali pertama berdialog dengan Mira saya tak pandang mata dia sampailah Mira cakap tengoklah mata i.

Manakala bagi pengarah drama The Hotel, Michael Ang berkata penyanyi rap itu telah memberikan lakonan yang baik meskipun bukan berasal daripada bidang tersebut.

Benda biasa penyanyi jadi pelakon, pelakon jadi penyanyi. MK ada aura dan dia pun first time berlakon jadi kita tak harap sesuatu yang lebih. Tapi dari hari pertama sekarang MK banyak imporvement daripada footage saya tengok.

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Drama The Hotel akan menemui penonton bermula 15 September ini dan menampilkan pelakon hebar seperti Mira Filzah, Eina Azman dan juga Sean Lee.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muka Ganas Tapi Pemalu Dengan Perempuan, MK K-Clique Segan Tenung Mata Mira Filzah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.