Ads Top

Main Ad

“Mungkin Rambut, Raut Wajah Seakan Sama” – Nadhir Nasar Reda Dikatakan Mirip Pelakon ‘Squid Game’

Hebat betul fenomena ‘Squid Game’ yang sedang melanda dunia kan? Boleh dikatakan semua orang pasti ada terdengar mengenai kehebatan naskhah dari Korea tersebut yang menjadi bualan ramai kini.

Advertisement

Bukan sahaja para pelakon siri Netflix itu yang mengecapi populariti, malah nama Nadhir Nasar juga turut disebut oleh netizen tempatan kerana wajahnya yang dikatakan seiras dengan Jung Ho-yeon yang membawa watak Kang Sae-byeok.

Perkara itu mula tular di laman TikTok baru-baru ini malah Nadhir sendiri mengakui ada menonton klip tersebut. Katanya, mereka mungkin kelihatan mirip dek rambut serta raut wajah yang hampir sama.

Kalau orang nampak sama, mungkin la kot sama. Mungkin disebabkan rambut dan raut muka tidak senyum itu yang nampak seakan-akan sama.

@heeemosofty Reply to @lancooo.sia ?#yeonjung #nadhirnasar #squidgame #heroremaja #dontletitflop #dontletthisflop #fyp? #fy #foryou ? MONEY – ?? (LISA)

Dalam pada itu, pemenang Hero Ramaja itu mengatakan mereka mempunyai persamaan dalam perkembangan karier di mana keduanya bermula daripada bidang peragaan.

Meskipun ada juga segelintir suara sumbang yang mengatakan bahawa Nadhir dan Jung Ho-yeon tidak mempunyai persamaan, lelaki itu tidak menghiraukan respon negatif berkenaan.

Banyak juga komen-komen negatif tapi kalau saya ternampak, saya biarkan saja sebab ia bukan satu isu yang besar.

nadhir jung hoyeon

Pada mata anda, nampak ada persamaan tak antara Nadhir dan Jung Ho-yeon?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Mungkin Rambut, Raut Wajah Seakan Sama” – Nadhir Nasar Reda Dikatakan Mirip Pelakon ‘Squid Game’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.