Ads Top

Main Ad

Nafi Mira Filzah Digugurkan, Michael Ang Dedah Uqasha Akan Terajui The Hotel Musim Ke-2

Baru sahaja ke udara, drama The Hotel nampaknya meraih perhatian ramai apabila timbul  ura-ura mengatakan watak dibawa yang Mira Filzah akan digugurkan pada musim kedua nanti.

Advertisement

Desas-desus itu muncul apabila Mira mendedahkan bahawa Michael Ang akan membawa Uqasha Senrose sebagai pelakon utama untuk musim yang seterusnya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Enggan menimbulkan kekeliruan, pengarah terkenal itu menjelaskan bahawa Mira Filzah bukanlah digugurkan sebaliknya ia akan tampil dengan jalan cerita yang berbeza serta kehadiran watak yang baharu.

Drama The Hotel ini ada konsep tersendiri. Untuk musim pertama memang Mira pegang watak utama tapi musim kedua nanti Uqasha pula. Tapi bukan bermaksud saya matikan watak Mira. Tapi memang konsep macam itu. Untuk musim kedua penghuni baru pulak masuk. Jadi watak orang lain pula. Untuk musim kedua akan ada kaitan dengan pertama tapi jalan cerita yang berbeza. Pelakon pekerja hotel saja akan ada di musim kedua.

Advertisement

Mira yang sebelum ini membawa watak Raisa memaklumkan bahawa dia tidak terlibat dalam penggambaran The Hotel musim kedua.

IG STORY MIRA FILZAHSumber : Instagram Mira Filzah  

Drama The Hotel turut dibintangi penyanyi rap MK K-Clique dan Sean Lee.

Michael Ang dalam pada itu sempat memberi respon mengenai rungutan peminat yang mengatakan Mira tidak sesuai membawa watak seorang wanita baik namun mempunyai sikap psiko.

Namun bagi pengarah itu, Mira telah memberikan yang terbaik dan berjaya menghayati watak tersebut sebagai Raisa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nafi Mira Filzah Digugurkan, Michael Ang Dedah Uqasha Akan Terajui The Hotel Musim Ke-2 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.