Ads Top

Main Ad

“Nak Perbaiki Kualiti Lakonan Dulu..” Tolak Watak Hero, Nadhir Nasar Nafi Bersikap Memilih

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Nadhir Nasar tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menanggap dirinya terlalu memilih dan selektif dalam pemilihan watak kerana lebih banyak muncul dalam drama-drama terbitan Astro.

Kata Nadhir, dia tidak mempunyai niat untuk bersikap selektif namun hanya kebetulan namanya lebih dikenali kerana lebih banyak muncul ketika berlakon di siaran televisyen berbayar itu.

View this post on Instagram

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)

Ujarnya lagi, genre-genre drama yang diketengahkan pihak Astro juga disifatkan amat berbeza berbanding naskah-naskah yang lain.

Nadhir yang juga juara program Hero Remaja 2020 juga mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan watak hero namun masih belum bersedia kerana ingin memperbaiki kualiti lakonan sebelum menggalas tanggungjawab tersebut.

Advertisement

Sebenarnya saya ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi hero tetapi buat masa ini saya memilih untuk menolak. Saya rasa ilmu saya belum cukup untuk memegang peranan selaku watak utama. Saya mahu dahulukan orang yang lebih layak. Kalau boleh saya ingin mempersiapkan dahulu kualiti lakonan saya sebelum memegang watak yang lebih besar.

Jelas Nadhir, dia ingin kekal lama dalam industri lakonan tempatan dan enggan ‘naik’ terlalu cepat selain menyerahkan soal rezeki kepada Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)

Perkembangan terkini, Nadhir bakal muncul dalam drama berjudul I-Tanggang menerusi saluran Astro Citra bermula 13 September ini pada setiap hari Isnin jam 9 malam.

Antara pelakon hebat lain yang turut membintangi drama ini adalah seperti Faizal Hussein, Serie Merlis, Sofea Jane dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Nak Perbaiki Kualiti Lakonan Dulu..” Tolak Watak Hero, Nadhir Nasar Nafi Bersikap Memilih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.