Ads Top

Main Ad

Namron Muat Naik Foto Tidak Berbaju, Sahut Cabaran Stesen TV Nak Sejuta ‘Followers’

Tindakan stesen TV meletakkan syarat satu juta pengikut di Instagram telah mendapat pelbagai respon daripada penggiat seni.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang membangkang dengan menyatakan populariti tidak menjamin bakat yang bagus.

Advertisement

Terbaru, pelakon Namron menerusi hantaran di Twitter telah memuat naik dua keping foto memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju.

Gambar separuh badan itu diambil bertujuan untuk menyahut cabaran stesen TV mendapatkan sejuta pengikut.

Katanya secara berseloroh, gambar penuh akan disiarkan sekiranya jumlah pengikut tidak mencapai sasaran menjelang 2022.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada peminat terhibur dengan gurauan tersebut. Mereka turut menunjukkan bukti telah menjadi ‘followers’ pelakon ini di ketiga-tiga platform media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Namron Muat Naik Foto Tidak Berbaju, Sahut Cabaran Stesen TV Nak Sejuta ‘Followers’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.