Ads Top

Main Ad

“Ni Video Khas Untuk Yang Selalu Menghina Aku..” Lana Nodin Selamat Tiba Di Amerika Syarikat

Pelakon Lana Nodin khabarnya telah selamat tiba di Amerika Syarikat bersama suami dan anak-anaknya.

Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu laman Instagram miliknya, semalam.

Namun yang lebih menarik perhatian adalah tindakan Lana memuat naik video perjalanannya ke negara Uncle Sam itu sebagai respon kepada mereka yang selalu memberikan kecaman dan dakwaan anti-vaksin terhadap dirinya.



Advertisement

if (vUrlCheck ){ console.log("no BN_MRec_InArticle_1"); }else{ googletag.cmd.push(function() { gptAdSlots[5] = googletag.defineSlot("/16069941/BN_MRec_InArticle_1", [[300, 100], [468, 60], [320, 100], [320, 50], [336, 280], [300, 250], [728, 90]], "div-gpt-ad-1609306205314-0").addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().disableInitialLoad(); googletag.enableServices(); googletag.display("div-gpt-ad-1609306205314-0"); }); }

Jelasnya, ada sesetengah orang suka membuat spekulasi dan tidak bertanya tentang apa yang dilakukannya selama ini.

Okay selama ni aku diam sebab orang kat portal ramai yang mengutuk bahkan ada yang lebih tahu fasal USA dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri.

Malah, Lana juga meminta orang ramai agar menilai sendiri apa yang sedang berlaku di negara Amerika Syarikat sehinggakan dia pernah dihalau dari negara Malaysia di atas kelantangannya menolak vaksin sebelum ini.

Tambahnya lagi, kepulangan mereka anak-beranak ke AS adalah melalui cara yang sah mengikut undang-undang Malaysia.

Lana Nodin dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tetap setia menyokongnya ketika dia dihentam teruk oleh netizen serta menggesa agar masyarakat untuk tidak menakut-nakutkan orang lain dengan wabak COVID-19.

Terdahulu, nama Lana menjadi sebutan warga maya apabila dia memohon agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Noor Hisham untuk meletakkan jawatan serta menuduhnya sebagai seorang yang berpura-pura.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Powered by Blogger.