Ads Top

Main Ad

Panggung Wayang Kembali Operasi, Ustazah Asma Bimbang Boleh Pecah Rekod COVID-19

Pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuklah golongan selebriti dan agamawan.

Tidak terkecuali, pendakwah wanita terkenal iaitu Asma Harun turut menyuarakan pandangannya khusus mengenai kelonggaran dan pembukaan semula panggung wayang bermula Khamis.

Beliau turut berkata pembukaan premis pawagam ini dikhuatiri boleh menyebabkan ia menjadi lubuk penularan wabak COVID-19 dan turut mengalakkan aktiviti tidak bermoral dikalangan orang muda.

Advertisement

Mungkin saya berfikiran pendek dan cetek. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod COVID-19. Belum cerita bab pergaulan bebas.

Dalam pada itu, Asma turut memberitahu bahawa dia membaca komen-komen daripada netizen yang turut kurang senang dengan tindakan kerajaan membuka semula aktiviti ini.

Ustazah Asma Harun dan keluarga

Malah ada juga pihak yang membuat perbandingan pembukaan masjid dimana prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat kerana beberapa aktiviti keagamaan masih belum dibenarkan.

Namun, walaupun kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa, beliau percaya mereka sudah membuat kajian dengan teliti dan mendalam sebelum membuat keputusan membenarkan aktiviti ini beroperasi.

Malah, pendakwah ini juga yakin bahawa masjid dan program keagamaan tidak lama lagi akan dibenarkan semula.

Pendapat korang?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Panggung Wayang Kembali Operasi, Ustazah Asma Bimbang Boleh Pecah Rekod COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.