Ads Top

Main Ad

Penangan DS Vida, Azwan Ali Pula ‘Cari Pasal’ Dengan Roslan Shah Di Media Sosial

Tutup buku soal perkahwinan tak jadi Datuk Seri Vida dengan Iqbal, kali ini Roslan Shah pula mendapat tempias kritikan netizen apabila dia mendedahkan bahawa pernah bermimpi berkahwin dengan usahawan kosmetik terkenal itu, baru-baru ini.

Advertisement

Yang menjadikan segalanya plot baru, pengacara sensasi Azwan Ali tidak ketinggalan untuk memberi sepatah dua kata kepada Roslan Shah.

Azwan Ali TwitterSumber : Astro Gempak  

Terbaru, Azwan atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA tampil menyindir Roslan berdasarkan kenyataannya yang sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Diva AA turut membuka cerita peribadi Roslan Shah di laman Twitter miliknya semalam.

Enggan berdiam diri, Roslan Shah kemudiannya membuat kenyataan balas terhadap kritikan Azwan Ali itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Awas kepada si dalang dalang dajal ya.. tak tahu cerita jangan nak menghukum orang. Diva AA kau jangan nak berangan..kau ingat aku takut dengan kau. Puihh, nyah kau dari sini ahli neraka jahanam..

Terdahulu, Roslan Aziz menerusi laman Instagram miliknya ada membuat kenyataan kontroversi di mana dia mendedahkan pernah bermimpikan DS Vida.

Berikutan itu, Roslan kemudian telah memohon maaf kepada DS Vida dan juga bakal suami, Iqbal Zulkefli bagi menjelaskan perkara sebenar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Penangan DS Vida, Azwan Ali Pula ‘Cari Pasal’ Dengan Roslan Shah Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.