Ads Top

Main Ad

“Pengikut Ramai Di Media Sosial Pun Tak Boleh Berlakon” – Didie Alias

Apabila bercakap mengenai bakat dan populariti, terdapat pelbagai reaksi yang diterima daripada penggiat seni. Ada yang berpendapat, bakat perlu diberi keutamaan berbanding jumlah pengikut yang ramai.

Namun, ada juga yang memandang ‘followers’ media sosial untuk membantu melariskan sesebuah produk.

Advertisement

Bagi pelakon senior Didie Alias, dia pernah berdepan dengan pelakon baru yang tidak mempunyai ilmu dalam dunia lakonan.

didie alias

Ketika berada di lokasi penggambaran, dia perlu mengajar pelakon lain demi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Advertisement

Kadang-kadang yang pengikut ramai di media sosial pun tak boleh berlakon. Ini ada yang masuk set, nak kita ajar berlakon.

Menurut Didie Alias lagi, dia sudah banyak kali terkena dengan pelakon sebegini. Mahu atau tidak, dia perlu memberi tunjuk ajar kerana enggan menyusahkan diri sendiri jika gandingan tidak menjadi ketika beraksi di hadapan kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Jelasnya, dia tidak berniat untuk menidakkan kehadiran pelakon baru, sebaliknya mahu mereka kekal relevan dalam dunia seni kerana bakat bukannya jumlah pengikut semata-mata.

Kami orang-orang lama ini bukan semuanya naik dari media sosial sebab tak ada pun media sosial pada era kami.

Kata pelakon “Takdir Yang Tertulis” ini, jasa pelakon-pelakon lama juga perlu dilihat dan dihargai setiap kali sesuatu karya mendapat perhatian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pengikut Ramai Di Media Sosial Pun Tak Boleh Berlakon” – Didie Alias first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.