Ads Top

Main Ad

Pernah Jadi Model Jenama Antarabangsa, Meerqeen Hanya Mahu Dibayar Setimpal Dengan Kerja

Rezeki pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Meerqeen semakin murah apabila dia kini banyak bekerjasama dengan jenama fesyen antarabangsa seperti Dior, Coach dan Adidas misalnya.

Meskipun begitu, ujar Meerqeen, dia enggan dikenali sebagai seorang selebriti yang ‘mahal’ berikutan pengalamannya terlibat dengan jenama mewah itu.

View this post on Instagram

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Mengakui dirinya masih lagi pendatang baru dalam industri hiburan tempatan, finalis Hero Remaja 2020 ini berkata bahawa dia sebolehnya tidak mahu menetapkan kadar bayaran yang terlalu mahal.

Jelasnya lagi, apa sahaja bayaran yang diterimanya mestilah setimpal dan memadai dengan tahap pekerjaan serta tugas yang diberikan kepadanya.

Advertisement

Sejujurnya, saya tidak meletakkan harga yang terlalu mahal ataupun mahu bersikap ‘demand’ terhadap soal kadar bayaran kepada saya. Pada saya, soal kadar bayaran bukan satu keutamaan kepada diri saya, apa yang saya mahu hanyalah bayaran setimpal kepada saya, soal bayaran ini cuma sekadar sebahagian daripada karier penggiat seni.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata bahawa dia kini lebih menumpukan soal kemahiran dan pengalaman yang boleh dikutip sepanjang bergelar anak seni.

View this post on Instagram

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Perkembangan terkini, Meerqeen bakal muncul dalam rancangan permainan terbaharu iaitu Ceria Xtra #DudukRumah bersama barisan selebriti lain seperti Nabila Huda, Sean Lee, Atu Zero dan ramai lagi.

Ia bakal bersiaran pada 10 September ini di saluran Astro Ceria, jam 9 malam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pernah Jadi Model Jenama Antarabangsa, Meerqeen Hanya Mahu Dibayar Setimpal Dengan Kerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.