Ads Top

Main Ad

Pipi ‘Pau’ Afwa Jadi Perhatian, Tok Ti Kongsi Wajah Terbaru Anak Kedua Di Instagram

“Geram rasa macam nak gigit!” Begitulah reaksi peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang buat pertama kalinya membawa masuk anak kedua, Muhammad Afwa ke sesi siaran langsung Instagramnya, semalam.

Kemunculan khas Afwa itu ternyata telah mencuri perhatian peminat yang pastinya sudah lama menantikan perkembangan terkini adik kepada Siti Aafiyah itu.

Menerusi video tersebut, Siti memaklumkan bahawa keadaan Afwa tidak berapa sihat dan mengalami demam sejak kelmarin namun berada dalam keadaan baik.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah keadaan Afwa yang montel selain pipi temban si kecil itu yang sangat comel.

“Pipi dia geram nak gigit!” tulis seorang peminat di bahagian komen.

Malah, ada juga peminat yang mengatakan Afwa mirip bapanya, Datuk Seri Khalid dan menggelarkannya sebagai Datuk K Junior.

Sekadar info, Siti Nurhaliza telah melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu bertempat di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Muhamamd Afwa kini sudah berusia hampir lima bulan dan nama Afwa dipilih Tok Ti dan suami yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

Comel tak Afwa? Geram pipi tu kan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pipi ‘Pau’ Afwa Jadi Perhatian, Tok Ti Kongsi Wajah Terbaru Anak Kedua Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.