Ads Top

Main Ad

PU Abu Minta Henti Kaitkan Dirinya Dengan Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal

Kenapa nama PU Abu pula yang dikaitkan dengan isu gangguan seksual? Apa yang berlaku ke atas Pencetus Ummah Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan sebelum ini tidak ada persamaan sama sekali. Masalah keluarga yang menimpa PU Abu sebelum ini dikaitkan sesetengah pihak dengan situasi yang dialami pendakwah terkenal ketika ini.

Advertisement

Disebabkan itu, PU Abu yang dihubungi mStar meminta orang ramai untuk berhenti menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebelum ini sebagai bahan untuk mengulas isu yang berlaku.

This image has an empty alt attribute; its file name is ca1240658120b1f179d3acba977d8126.jpg

Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini.

 

Sebelum ini saya pernah viral, tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat ‘troll’. Tapi isu pendakwah tersebut melibatkan undang-undang. Jadi biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini. – Katanya.

Bukan PU Abu seorang sahaja dikaitkan dengan isu gangguan seksual

Rupanya bukan nama PU Abu sahaja yang dipetik tapi nama Da’i Farhan dan Da’i Syed turut dikaitkan dengan isu gangguan seksual ini. Ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Advertisement

dai farhan

dai syed

Pihak polis sebelum ini telah mengesahkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual telahpun dibuka. Ini selepas bahan bukti seperti video, keratan mesej dan sesi soal jawab dengan mangsa yang terlibat turut telah diterima.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi memastikan semua terjawab.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post PU Abu Minta Henti Kaitkan Dirinya Dengan Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.