Ads Top

Main Ad

“Ramai Rindu Sungai Dengan Laut Dari Mak Ayah Sendiri” – Ciapan AG Coco Undang Kecaman

Baru-baru ini tular sebuah video yang menampakkan betapa ramainya pengunjung memenuhi sebuah kawasan air terjun selepas peraturan ke pusat rekreasi dilonggarkan bagi beberapa negeri.

Advertisement

Walaubagaimanapun, keadaan yang sesak itu nampaknya dikritik ramai memandangkan keadaan pendemik yang masih belum reda kini. Sepatutnya para pengunjung terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk keselamatan semua.

Mungkin mahu meluahkan kekesalannya terhadap situasi tersebut, AG Coco telah menulis ciapan bebraur perlian terhadap orang ramai yang mula berlibur kini.

ag coco

Pun begitu, luahan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif. Mana boleh samakan situasi berlibur dengan sekatan untuk merentas negeri yang masih berkuatkuasa lantas menghalang orang ramai daripada berjumpa ibu bapa masing-masing.

Advertisement

ag coco dikritik

Rata-rata netizen ternyata terasa dengan ciapan berkenaan kerana terdapat ramai yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana situasi yang tidak mengizinkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ramai Rindu Sungai Dengan Laut Dari Mak Ayah Sendiri” – Ciapan AG Coco Undang Kecaman first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.