Ads Top

Main Ad

Rindu Nak Kembali Ke Set Penggambaran, Tapi Farah Nabilah Masih Bimbang Dengan COVID-19

Diam tak diam, sudah hampir dua tahun pelakon Farah Nabilah memperlahankan kariernya sebagai seorang pelakon kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga serta adanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Farah atau nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin mengakui rindu hendak kembali ke set penggambaran, namun masih belum mempunyai keberanian untuk menerima tawaran berlakon kerana bimbang dengan kes COVID-19 negara yang masih tinggi.

Malah, beliau juga masih dihantui kebimbangan untuk keluar berjalan-jalan walaupun kerajaan sudah memberi kelonggaran untuk beberapa sektor ekonomi dan sosial sejak awal September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Advertisement

Saya sudah mendapatkan vaksinasi tapi kerana mempunyai ahli keluarga yang lebih berisiko untuk dijangkiti.

Di kesempatan itu, Farah meminta orang ramai agar mengambil vaksin bagi bersama-sama kita membantu untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

 

Farah Nabilah

Bakal mengharungi fasa endemik tidak lama lagi, pelakon drama Kau Yang Pertama itu mengingatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diutamakan dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Rindu Nak Kembali Ke Set Penggambaran, Tapi Farah Nabilah Masih Bimbang Dengan COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.