Ads Top

Main Ad

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Saharul Ridzwan Janji Bawa Ikatan Sehingga Ke Syurga

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke lima tahun, pelakon Saharul Ridzwan ada membuat dedikasi istimewa untuk isteri kesayangan, Deena Emir di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Advertisement

Ucapan penuh syahdu, Saharul membuat dedikasi khas itu dengan memuat naik sekeping gambar ketika majlis pernikahan mereka dalam persalinan serba putih.

Tulis pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu, dia bersyukur kerana dijodohkan dengan wanita seperti isterinya dan membina mahligai bersama di dunia.

MasyaAllah Tabarakallah. Dah 5 tahun hari ini. 50 ribu tahu sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah dah takdirkan saya akan bersama awak, sebagai suami isteri.

Kata Saharul lagi, dia juga berharap perkahwinan yang dibina akan terus diberkati dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa isteri dan anak-anaknya menuju ke syurga.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah dan selamat hari ulang tahun perkahwinan kepada pasangan bahagia itu.

Sekadar info, Saharul Ridzwan dan isteri Deena Emir selamat mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,4, dan Fateema Azzahra yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Saharul Ridzwan Janji Bawa Ikatan Sehingga Ke Syurga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.