Ads Top

Main Ad

“Saya Belajar Jadi Baik Manapun Pasti Masih Ada Yang Mengata” – Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz enggan membiarkan kontroversi yang berlaku dalam kehidupannya terus-menerus memberi tekanan dan melihat ujian yang dihadapinya itu dari sudut positif serta percaya tiada manusia yang sempurna.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz berkata dia mempercayai sejahat manapun dirinya, apabila dia mahu belajar menjadi lebih baik, pasti masih ada individu-individu yang mengatanya.

Saya percaya sejahat manapun, apabila saya belajar menjadi baik, pasti ada yang masih mengata. Yang penting Allah tahu siapa kita.

Kata Aliff pada sesi sembang dalam Facebook dan Instagram Live menerusi platform Nurflix, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang itu turut memberitahu kekhilafan yang dilakukan oleh dia bukan sahaja memakan dirinya malah keluarganya yang tidak berdosa turut tempias dengan kecaman netizen.

Sebelum ini, komen dilontarkan amat dahsyat hingga tutup ruangan komen sebab tidak tahan.

 

Aliff Aziz dan Bella Astillah

Advertisement

Justeru, suami kepada penyanyi Bella Astillah itu mengambil pendekatan lebih matang setiap kali berhadapan dengan sikap individu yang negatif dalam media sosial dan turut mendoakan mereka.

Semoga kehidupan Aliff sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Belajar Jadi Baik Manapun Pasti Masih Ada Yang Mengata” – Aliff Aziz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.