Ads Top

Main Ad

“Saya Masih Belum Berhijrah” – Disangka Ubah Imej, Daiyan Trisha Perjelas Foto Berhijab

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita tanah air yang mula mengenakan hijab sebagai tanda lembaran hidup baru buat mereka.

Advertisement

Disebabkan itu, apabila Daiyan Trisha baru-baru ini memuat naik gambar berhijab, ramai yang berteka-teki sama ada dia sudah pun mengubah imej penampilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Diiringi kapsyen ‘Bismillah Assalamualaikum’, semakin kuat spekulasi mengatakan bahawa berkemungkinan penyanyi itu sudah pun berhijab sepenuhnya.

Advertisement

Menyangkal dakwaan tersebut, Daiyan menerusi Insta Story memperjelaskan bahawa gaya berkenaan sebenarnya ialah untuk satu sesi fotografi.

daiyan trisha

Pun begitu dia berterima kasih atas doa baik yang ditinggalkan oleh orang ramai mengenai penampilan tersebut.

Ini daripada penggambaran, saya masih belum berhijrah tapi terima kasih kerana doa anda.

Semoga hati Daiyan terbuka untuk berhijab nanti, apa pun memang manis sangat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Masih Belum Berhijrah” – Disangka Ubah Imej, Daiyan Trisha Perjelas Foto Berhijab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.